Tuesday, 16 August 2011

banjir besaq ayaq mai

gambar2 banjir di k nerang, jitra

waduhh lamanyer x update blog nie. mujur ada cuti 3 hari deepavali. ikutkan x leh update jgk sbb ada rombongan cik kiah ke hatyai. tp dah hatyai pun banjir, maka tertundalah rombongan cik kiah....

Banjir baru2 nie menyebabkan makde x leh keluar 3 hari. jalan penuh dek air bah. bekalan elektrik terputus.. (nk charge henfonpun x leh) apa lagi... terputuslah hubungan dengan dunia luar. Yg syoknyer x yah pi keje... hanya perlu lapor diri di sekolah berdekatan. he he.... pastu balek rumah.... x boleh buat apapun., tgk tv x bole, intenet x bole, seterika baju x bole, mesin kain pun x bole..... dh letrik x de kan.... yg makde paling geram sekali bekalan air pun x de..
2 hari x mandi. nk mandi air bah, takut nanti heboh 1 malaysia ada ikan duyong terlepas di kedah. kain baju yg x berbasuh tinggi menggunung.

nie makde donlodkan gambar banjir 2010. yg first sekali banjir di hatyai... sepatutnyer makde berada di pekan nie hari ini... uwaaaaa

banjir di hatyai











pekan Jitra...langsung x nampak jalanraya

bisnes my father friend liyana norhizan

Ahad, Oktober 17, 2010

Mencuba Suasana Sauna

IMG_6527
Tarikh: Khamis Malam jumaat – 14/10/2010
Jam: 9.30 malam
Lokasi: Inapan Atan: Homestay MADA Pulau Pisang
Rider: Ustaz Raja Azriffudin. Bang Ronn, Zn, Senu, Art TT Besi dan Pudin
IMG_2054
Satu program menyahtoksid telah diadakan di Homestay MADA pada malam Jumaat lalu. Seramai 5 orang ahli dan seorang jemputan hadir mengikuti aktiviti mandian wap herba. Program ini sebagai sebahagian dari aktiviti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan. 
Mandi sauna adalah satu terapi yang baik diamalkan kerana:-
1. Ia boleh melangsingan dan menguruskan badan
  • Membakar lemak (sehingga 600 kalori)
  • mencairkan selulit dari luar sama seperti berjogging sejauh 5km
2. Kesihatan
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal-sengal tulang,
  • menghilangkan tekanan(stress) dan perehatan otot.
  • meningkatkan sistem kardiovaskular dan sistem imunisasi badan.
  • menghilangkan toksik dalam badan
  • meningkatkan tahap metabolism
  • melancarkan pengaliran darah
  • memecahkan lemak yang berlebihan
  • mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti-penuaan.
Rumah suana(Gambar Atas) ini mempunya 2 bilik yang boleh menempatkan 8 orang dan sebuah bilik untuk seorang.
Homestay MADA terletak di Kampung Pulau Pisang, Tunjang Kedah. Terletak 2.5 kilometer dari Pekan Tunjang, 7 kilometer dari Pekan Jitra dan dari bandar raya Alor Setar pula sejauh 28 kilometer.
Homestay ini asalnya kepunyaan En. Norhizan Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Pak Atan. Beliau telah menjalankan pernigaan ini sejak lebih 10 tahun yang lalu. Memandangkan Tunjang berada dipertengahan jalan tidak hairanlah ramai back-packers yang ingin ke Thailand mengunjunginya. Beliau telah mendapat bantuan dari pihak MADA bagi memajukan lagi industri ini.
Bagi mereka yang ingin merasai sendiri suasana desa di Kampung Pulau Pisang sambil bermandi suana, bolehlah menghubungi Pak Atan di talian 012-5342 380.
IMG_6531
IMG_6533
Antara Chalet yg terdapat di sini
IMG_6529Ruang utk mengadakan majlis keramaian  
IMG_6528
Ular Sawa sepanjang hampir 4meter juga dipeliharanya
IMG_6537
Beberapa ekor burung merak
IMG_6542
IMG_6540
Beberapa koleksi barangan lama yg turut dipamerkan di sekitar Homestay tersebut
IMG_6539
Unik & Kreatif - Kepala lesong berukir harimau.
IMG_6541
Buluh ukir menjadi itik – diperolehi dari Indonesia
IMG_6534 
Terdapat juga kolam memancing yg jernih airnya. Beliau juga menternak ikan talapia di dalam kolam tersebut. Pengunjung boleh juga menjalankan beberapa rekreasi air spt berkenu dan sebagainya

kelebihan bukit tunjang

Ahad, 19 Oktober 2008


Kalimah Allah Di Bukit Tunjang



Salam..
Pagi tadi 19hb Okt 08 jam 10 pagi kami bertolak ke Pekan Tunjang Jitra ,di sana ust, yusuf selaku ahli majlis Daerah Kubang Pasu telah bersedia menunggu untuk membawa kami ke suatu lokasi di pekan Tunjang.Lokasi tersebut ialah di Kuari Bukit Tunjang yg telah heboh di perkatakan terteranya kalimah Allah seperti di paparkan di utusan malaysia.

Sampai di perkarangan Bukit Tunjang,kami teruja dengan apa yg telah di nyatakan dari keratan akhbar yg di bawa bersama.. Kalimah Allah..

Kami terus memacu kereta pengarah memasuki jalan kuari yang mana jalan nya umpama malaya suatu ketika dulu..

Masing masing kami berkata kereta wira pengarah ni macam pajero kerajaan pulak kerana terpaksa mengikut kehendak kami...

Tiba di lokasi...beberapa buah lori hantu atau santawong baru selesai membuang batu yang di longgokan di suatu tempat..
dari sudut pandanagn itu RJ terus menjalankan tugas nya dengan mengambil gambar lokasi batu yang terbentuk kalimah Allah itu..
Manakala wartawan Harakah mengambil beberapa keping gambar kedudukan batu tersebut dangan bantuan Us Yusof Ahmad selaku Ahli Majlis Daerah Mengiring kami..

Hampir 15 minit kami di situ...kami pun bergegas ke masjid Tunjang yang terletak beberapa kilometer dari kuari tersebut kerana Sdr Izwan ada temujanji dengan seorang ustaz..

Dalam perjalanan,apa bila sampai berhampiran Sek Keb Tunjang...dari situ dengan jelas nampak kalimah tersebut,.. Subhanallah...Saya memang nampak dengan jelas kalimah tersebut..tetapi bukan dari bentuk batu itu....ianya....lebih nyata dan indah hasil dari bayang bayang dari rekahan batu tersebut.... Alhamdullillah....dari situ baru lah jelas dan betapa hati begitu sayu dengan kebesaran yang maha esa...kerana pada mulanya apa bila saya tengok kepada rekahan batu pada awal tadi...tiada rasa apa apa....tetapi...hasil kalimah yang terbentuk dari rekahan itu lah yang menghadiahkan rasa keinsafan... pada diri yang kedil ini...

Kami terus menuju ke masjid Tunjang...
seorang ustaz telah sedia menanti...setelah memperkenalkan diri masing masing...dia pun mula bercerita...katanya" dalam bulan puasa yang lepas..terdapat satu cahaya yang kelihatan dari tempat batu tersebut..."

Beliau juga menyatakan kepada kami akan sebuah punca air yg mereka sering gunakan berpunca dari bukit tersebut...

dan akhirnya kami dibawa untuk melihat air yang mengalir melalui saluran paip yang telah
di buat oleh penduduk kampung berhampiran. Kesempatan itu kami ambil dan membawa pulang dua botol untuk di minum,, segar, nyaman itu yang dapat kami gambarkan.
Persoalan kini ialah bagaimana kehebatan dan kebesaran.... Allah untuk kita zahirkan didalam kehidupan kita..renung-renungkanlah !!!!!!! Wallahuaklam .

Monday, 8 August 2011

tunjang

Kedah

  • Tunjang

    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
    Lompat ke: pandu arah, cari
    Tunjang merupakan sebuah pekan kecil terletak kira-kira 7 kilometer dari Pekan Jitra. Ia bukanlah popular sebagai tempat pelancongan tetapi lebih dikenali sebagai pekan yang mengeluarkan Raja Buah (Durian Bukit Tunjang) yang popular di Utara Kedah. Kira-kira 3 kilometer dari pekan Tunjang, terdapat sebuah kampung yang dikenali dengan Kampung Pulau Pisang yang pernah menjadi pusat pentadbiran kepada Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam satu ketika dahulu.
    Institusi pendidikan:
    Tokoh-tokoh kelahiran Tunjang:
    • Tan Sri Abdul Halim bin Ali - bekas Ketua Setiausaha
    • Dato' Haji Hanafi bin Ramli - bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah