Tuesday 16 August 2011

bisnes my father friend liyana norhizan

Ahad, Oktober 17, 2010

Mencuba Suasana Sauna

IMG_6527
Tarikh: Khamis Malam jumaat – 14/10/2010
Jam: 9.30 malam
Lokasi: Inapan Atan: Homestay MADA Pulau Pisang
Rider: Ustaz Raja Azriffudin. Bang Ronn, Zn, Senu, Art TT Besi dan Pudin
IMG_2054
Satu program menyahtoksid telah diadakan di Homestay MADA pada malam Jumaat lalu. Seramai 5 orang ahli dan seorang jemputan hadir mengikuti aktiviti mandian wap herba. Program ini sebagai sebahagian dari aktiviti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan. 
Mandi sauna adalah satu terapi yang baik diamalkan kerana:-
1. Ia boleh melangsingan dan menguruskan badan
  • Membakar lemak (sehingga 600 kalori)
  • mencairkan selulit dari luar sama seperti berjogging sejauh 5km
2. Kesihatan
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal-sengal tulang,
  • menghilangkan tekanan(stress) dan perehatan otot.
  • meningkatkan sistem kardiovaskular dan sistem imunisasi badan.
  • menghilangkan toksik dalam badan
  • meningkatkan tahap metabolism
  • melancarkan pengaliran darah
  • memecahkan lemak yang berlebihan
  • mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti-penuaan.
Rumah suana(Gambar Atas) ini mempunya 2 bilik yang boleh menempatkan 8 orang dan sebuah bilik untuk seorang.
Homestay MADA terletak di Kampung Pulau Pisang, Tunjang Kedah. Terletak 2.5 kilometer dari Pekan Tunjang, 7 kilometer dari Pekan Jitra dan dari bandar raya Alor Setar pula sejauh 28 kilometer.
Homestay ini asalnya kepunyaan En. Norhizan Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Pak Atan. Beliau telah menjalankan pernigaan ini sejak lebih 10 tahun yang lalu. Memandangkan Tunjang berada dipertengahan jalan tidak hairanlah ramai back-packers yang ingin ke Thailand mengunjunginya. Beliau telah mendapat bantuan dari pihak MADA bagi memajukan lagi industri ini.
Bagi mereka yang ingin merasai sendiri suasana desa di Kampung Pulau Pisang sambil bermandi suana, bolehlah menghubungi Pak Atan di talian 012-5342 380.
IMG_6531
IMG_6533
Antara Chalet yg terdapat di sini
IMG_6529Ruang utk mengadakan majlis keramaian  
IMG_6528
Ular Sawa sepanjang hampir 4meter juga dipeliharanya
IMG_6537
Beberapa ekor burung merak
IMG_6542
IMG_6540
Beberapa koleksi barangan lama yg turut dipamerkan di sekitar Homestay tersebut
IMG_6539
Unik & Kreatif - Kepala lesong berukir harimau.
IMG_6541
Buluh ukir menjadi itik – diperolehi dari Indonesia
IMG_6534 
Terdapat juga kolam memancing yg jernih airnya. Beliau juga menternak ikan talapia di dalam kolam tersebut. Pengunjung boleh juga menjalankan beberapa rekreasi air spt berkenu dan sebagainya

No comments:

Post a Comment