Tuesday 16 August 2011

kelebihan bukit tunjang

Ahad, 19 Oktober 2008


Kalimah Allah Di Bukit Tunjang



Salam..
Pagi tadi 19hb Okt 08 jam 10 pagi kami bertolak ke Pekan Tunjang Jitra ,di sana ust, yusuf selaku ahli majlis Daerah Kubang Pasu telah bersedia menunggu untuk membawa kami ke suatu lokasi di pekan Tunjang.Lokasi tersebut ialah di Kuari Bukit Tunjang yg telah heboh di perkatakan terteranya kalimah Allah seperti di paparkan di utusan malaysia.

Sampai di perkarangan Bukit Tunjang,kami teruja dengan apa yg telah di nyatakan dari keratan akhbar yg di bawa bersama.. Kalimah Allah..

Kami terus memacu kereta pengarah memasuki jalan kuari yang mana jalan nya umpama malaya suatu ketika dulu..

Masing masing kami berkata kereta wira pengarah ni macam pajero kerajaan pulak kerana terpaksa mengikut kehendak kami...

Tiba di lokasi...beberapa buah lori hantu atau santawong baru selesai membuang batu yang di longgokan di suatu tempat..
dari sudut pandanagn itu RJ terus menjalankan tugas nya dengan mengambil gambar lokasi batu yang terbentuk kalimah Allah itu..
Manakala wartawan Harakah mengambil beberapa keping gambar kedudukan batu tersebut dangan bantuan Us Yusof Ahmad selaku Ahli Majlis Daerah Mengiring kami..

Hampir 15 minit kami di situ...kami pun bergegas ke masjid Tunjang yang terletak beberapa kilometer dari kuari tersebut kerana Sdr Izwan ada temujanji dengan seorang ustaz..

Dalam perjalanan,apa bila sampai berhampiran Sek Keb Tunjang...dari situ dengan jelas nampak kalimah tersebut,.. Subhanallah...Saya memang nampak dengan jelas kalimah tersebut..tetapi bukan dari bentuk batu itu....ianya....lebih nyata dan indah hasil dari bayang bayang dari rekahan batu tersebut.... Alhamdullillah....dari situ baru lah jelas dan betapa hati begitu sayu dengan kebesaran yang maha esa...kerana pada mulanya apa bila saya tengok kepada rekahan batu pada awal tadi...tiada rasa apa apa....tetapi...hasil kalimah yang terbentuk dari rekahan itu lah yang menghadiahkan rasa keinsafan... pada diri yang kedil ini...

Kami terus menuju ke masjid Tunjang...
seorang ustaz telah sedia menanti...setelah memperkenalkan diri masing masing...dia pun mula bercerita...katanya" dalam bulan puasa yang lepas..terdapat satu cahaya yang kelihatan dari tempat batu tersebut..."

Beliau juga menyatakan kepada kami akan sebuah punca air yg mereka sering gunakan berpunca dari bukit tersebut...

dan akhirnya kami dibawa untuk melihat air yang mengalir melalui saluran paip yang telah
di buat oleh penduduk kampung berhampiran. Kesempatan itu kami ambil dan membawa pulang dua botol untuk di minum,, segar, nyaman itu yang dapat kami gambarkan.
Persoalan kini ialah bagaimana kehebatan dan kebesaran.... Allah untuk kita zahirkan didalam kehidupan kita..renung-renungkanlah !!!!!!! Wallahuaklam .

No comments:

Post a Comment